Friday, 11 March 2016

Tips Untuk Manusia Bukan Skema

Assalamualaikum everyone.


NOTE: Sebelum korang baca entry ni, aku suggest korang untuk baca entry sebelumnya dulu, supaya korang faham apa yang sedang berlaku sebenarnya ni!



So here you go, SPM Tips by Hafiiz Rashid. Note that tips ni untuk manusia sejenis aku je. Siapa yang skema dan sedar diri skema tu boleh mintak tips daripada Instagram @thedzahin & @afqhmsdzki. Siapa yang nak tips genius boleh mintak tips daripada @azizulhakem_ & @mizaaminuddin. Siapa yang nak tips baca buku sekali je terus dapat, boleh mintak tips daripada @haikalrsln. Korang DM lah Instagram diorang, atau spam comment section sampai diorang menyirap. Hahah. Tapi serious ah aku cakap, diorang ni jauh lebih genius daripada aku. Aku nak tolong korang ni, kalau nak dapat results gempak gempak, memang korang kena berguru dengan diorang ni. Jangan risau, diorang friendly hehe. Okay, so nah tips aku, aku bahagikan ikut tiga kategori: Usaha, Doa, Tawakkal. Sebab tiga element ni adalah main element untuk korang memohon apa-apa hajat sekalipun. Memang kena complete set tiga ni. Selalunya orang akan letak ‘ikhtiar’ tapi bagi aku ikhtiar tu macam sebahagian daripada ‘usaha’ je kan, so sama je. 



Usaha

Ada tiga benda korang boleh buat kalau nak berusaha dapatkan results yang cemerlang insya Allah. First, focus dalam kelas. Second, ulangkaji secara effective. Third, ignore bullshits. Lol.


Macam mana nak focus dalam kelas? Bagi aku, before korang boleh focus dalam kelas, korang kena minat dulu subject tu. Sebab kalau korang try focus dalam kelas yang korang tak berapa minat, tu yang jadi tidur tu, lagi-lagi budak asrama kan. Macam aku, aku minat subject bahasa and Sejarah. Aku rasa aku hampir tak pernah tidur dalam kelas BM, English & Sejarah. Kalau pernah pun mungkin dah tak ingat. Kalau Chemistry pulak, aku ingat lagi dulu time form 4 aku selalu tertidur dalam kelas, kalau tak tidur pun mesti termenung luar tingkap lab. Ada satu hari tu Sir Farid nampak aku termenung, dia panggil nama aku pastu tanya soalan Chemistry. Tak boleh jawab hehe. Perangai. 


Okay so sekarang macam mana nak minat? Bergantung, pada diri sendiri. Minat tu tak boleh dipaksa. Kita kena buat benda yang kita suka. Aku memang minat subject bahasa and Sejarah daripada kecik, so yang tu takboleh buat apa-apa lah haha. Daripada darjah 4 lagi kalau korang tanya aku pasal Cold War ke Holocaust ke aku boleh cerita, haha nerd. Kalau subject Chemistry, aku start minat time form 4 akhir tahun. Time tu aku join International Petroleum Technology Conference (IPTC), and kitorang kena buat experiment berkaitan ubi. Memang banyak gila kaitan pasal Chemistry, so nak taknak kena buat research sekaligus belajar Chemistry. Tapi since aku seorang yang sangat enjoy buat benda hands-on seperti experiment sains, so start tu aku rasa macam wehhh seronoknya Chemistry. Sejak tu, aku memang jarang gila rasa bosan time kelas Sir Farid. Kalau time kuliah Chemistry (kelas satu batch dalam dewan), memang aku akan cari tempat duduk depan. 


Pastu subject Pendidikan Syariah Islamiah pulak, memang aku tak minat langsung, susah kot. Aku asyik tidur je haha, dari form 4 sampai form 5. Tapi time form 5 pertengahan tahun aku dah start minat. Sebab time tu dah habis syllabus, so Ustaz Zaki ngan Ustaz Anuar macam relax sikit time PDP. Diorang lebih banyak buat lawak & chill daripada mengajar, so macam kelas PSI & PQS time tu best gila. Time tu aku rasa macam, ya Allah bestnya PSI & PQS ni, then aku start minat subject-subject tu. Bila minat kan, mulalah aku belajar PSI kat dorm. Sebab minat, bila baca subject tu rasa macam baca buku cerita je. Bila ada masa je sikit sikit bukak buku PSI. Siap ajar adik dorm aku lagi haha dia baru form 1 dah tahu rukun Qiyas tu apa lol.


 Nampak tak macam mana minat tu boleh ubah attitude kita dalam kelas dan luar kelas? Jangan paksa minat, jangan tipu diri. Menuntut ilmu ni adalah satu seni, dan seni itu bersifat subjective. Cuba cari benda yang korang rasa best dalam subject tu. Kalau korang suka berdrama, korang buatlah roleplay subject Sejarah. Kalau korang suka explorace, korang buatlah explorace Mathematics. Macam-macam lagi boleh buat, semua benda ni nampak macam remeh-temeh tau, tapi sebenarnya kalau korang kaitkan benda yang korang suka buat dengan sesuatu subject tu, insya Allah korang akan minat benda tu. Minat ni element yang sangat penting sebelum korang gerak ke step yang lain. Bila korang dah minat dalam kesemua subject yang korang belajar, korang akan rasa betapa seronoknya menuntut ilmu ni sebenarnya.


Okay focus dalam kelas, checked. Focus dalam kelas ni benda paling penting, sebab bila korang focus dalam kelas tu, korang akan develop chemistry antara korang dengan cikgu tu. And korang akan dapat ilmu yang diajar dalam kelas tu semaksima mungkin. Barulah korang akan rasa teringin nak pergi bilik guru untuk tanya benda yang korang tak faham, sebab firstly korang akan rasa ‘close-connection’ dengan cikgu korang, secondly, korang tahu apa nak tanya since korang dah focus dalam kelas tadi.


Next, ulangkaji secara effective. Satu je benda korang kena ingat: you know yourself better than anyone else, but Allah knows you best. Okay aku nak huraikan ungkapan pertama tu, ‘you know yourself better than anyone else’. Kalau dalam skop study untuk SPM, aku suggest korang study dengan cara yang paling korang suka. Contohnya kalau aku, aku suka study dalam keadaan ada lagu. Tak kisahlah lagu apa, tapi aku akan pasang slow je volume dia pastu aku belajar. And aku lebih prefer bilik ber-aircond daripada bilik yang warm je. Aku taktahu kenapa, tapi aku rasa lebih tenang nak berfikir. Nampak macam kecik je kan, tapi these small things actually counts. Aku dapat rasa perbezaannya kalau aku belajar with music dengan without music. Kalau takde music, asyik tak senang duduk je. Sekejap nak pergi situ, sekejap jalan-jalan, sekejap tukar tempat, sekejap rasa haus pulak. Entahlah.


Pastu time nak dekat SPM, orang selalu bagitahu aku, “Nak dekat SPM takyah baca buku teks, dah tak sempat”. Aku tak pernah dengar pun, lantak situlah, because I know myself well. Aku ni jenis yang percayakan buku teks 100% daripada buku lain, especially dalam subject Sejarah, PQS, PSI, Biology, Physics. Sebab buku teks paling complete, and aku tahu aku ni jenis yang baca buku memang laju. Time tiga hari before Sejarah, aku berjaya habiskan dua buku teks Sejarah dari kulit ke kulit, alhamdulillah results pun okay. Tapi aku tak paksa korang buat macam aku. Like I said, “you know yourself better” so buatlah benda yang korang rasa korang lebih prefer. Aku prefer belajar awal pagi, lewat petang and lewat malam. Kadang-kadang terpaksa stayup sebab aku tak minat belajar time prep, aku lagi seronok belajar lewat malam dan awal pagi. Taktahu kenapa, tapi kalau belajar time tu, lagi masuk kot benda yang dipelajari tu. 


Sebab tu aku selalu main-main time prep malam haha. And kadang-kadang aku cuma tidur 3 jam je semata-mata nak maximise masa lewat malam & awal pagi tu. Haa one more, tidur yang kita perlukan sebenarnya 4 jam sahaja satu malam. Kalau korang tidur 4 jam pastu bila bangun korang rasa ngantuk or letih, that means there’s something wrong with your own body, not with the hours of your sleep. 4 jam tu memang cukup, kalau korang rasa letih, takpe, mula-mula memang rasa letih, tapi kalau korang dah disiplinkan 4 jam je everyday, memang rasa kurang letih and lebih productive. Time nak dekat SPM aku practice benda ni, so rasa kurang letih and dah biasa 4 jam je tidur. Pagi-pagi tu memang tak ngantuk. Tapi lepas SPM, Zzzz 12 jam! Haha. Mungkin kena try disiplinkan diri balik, banyak sangat honeymoon.
Okay next, cara nak ulangkaji secara effective is, matchkan masa belajar dengan subject apa yang korang nak belajar. Kalau petang, aku macam lambat sikit masuk otak, so aku akan belajar benda yang best best, macam subject bahasa. Aku memang minat bahasa so kalau belajar petang pun rasa seronok. Kalau awal pagi, aku selalu letak subject mengira, sebab subject tu paling zzz, nombor je memanjang haha. So aku akan letak subject mengira dekat awal pagi, sebab time tu otak masih fresh lagi. Kalau lewat malam, aku suka belajar subject membaca. Time tu semua orang dah tidur so tenang sikit, aku boleh berangan dan berimaginasi sambil belajar. Ikut koranglah, jangan samakan dengan aku. Semua orang taste berbeza. So pepandai situ arrange. Tapi ingat, jangan dengar cakap orang sangat. Orang selalu bagitahu aku jangan beljar time petang-petang, nanti tak masuk pun. Tapi cuba kau bayangkan, kitorang sekolah sampai petang, pastu homework bertimbun. nak stayup kena sorok-sorok pepandai situ. So bila lagi nak belajar? Aku rasa aku tak mampu belajar + buat homework sekaligus time prep malam je, so aku belajar petang. Dulu kitorang ada prep petang tapi since dah ada kelas petang, masa untuk ulangkaji sendiri subject-subject yang kitorang lemah memang limited. 


Talk about limited time, satu lagi aku nak pesan. Study smart, don’t study hard. Korang tak perlukan masa yang banyak untuk study sebenarnya, tapi korang perlukan quality dalam masa korang ulangkaji tu. Quality over quantity, always. Like I said in my previous entry kan, kita selalu witness benda macam ni: Kawan A ni asyik belajar je kerjanya tapi results so-so je, kawan B ni belajar kadang-kadang je, tapi results gempak. Sebenarnya kawan B ni dia jaga quality ulangkaji dia, kawan A ni main bantai je belajar. So, macam mana nak jaga quality? Haa ikutlah steps yang kat atas tadi. Timing kena betul, belajar dengan cara yang paling kita suka, kalau suka music try cari music, kalau suka study group buat study group. Bila kita buat benda tu, so ulangkaji kita akan jadi lebih optimum, tak perlukan masa yang banyak pun tapi kita gain banyak ilmu. JANGAN IKUT STYLE BELAJAR ORANG LAIN, ingat ni. 




Doa

Okay, untuk doa, aku sentiasa amalkan 7 Amalan Harian yang Ustaz Nordin bagi tu, sejak daripada PMR lagi aku dah amalkan. Benda ni bagi aku sangat effective, supaya kita lebih dekat dengan Allah, so that apa yang kita mintak tu lebih mendapat perhatian daripadaNya. Dan mendapat keberkatanNya insya Allah. Erm aku malas nak type 7 Amalan Harian tu, erm, boleh tak korang tengok je kat Telegram channel aku https://telegram.me/hafiizrashid . Kalau aku rajin nanti aku post kat Instagram hehe sorry, malas nak copy ke laptop ni. Okay selain amalan tu, korang doa je lah macam biasa, setiap kali lepas solat, doa. Jangan malas. Benda ni nampak kecik tapi benda kecik ni lah yang mungkin boleh buat korang menyesal seumur hidup, mana tahu. So, jangan sombong untuk berdoa setiap kali lepas solat. 


Antara adab dalam berdoa, firstly korang kena selawat keatas Rasulullah dan puji-pujian untuk Allah. Lepas tu, doa untuk ibu bapa, “allahummaghfirlana zunuubanaa waliwaalidainaa…”. And tutup doa tu dengan selawat keatas Rasulullah dan puji-pujian kepada Allah. Insya Allah doa korang lebih makbul, sebab dalam hidup kita, Allah paling penting, followed by Rasulullah, followed by our parents. So tiga-tiga kalau boleh kena ada dalam doa korang sentiasa. Kalau lepas Subuh tu, rajin-rajinkanlah baca Surah Al-Waqiah. Kadang-kadang aku cuma baca satu setengah muka surat je, lagi satu setengah aku sambung before maghrib. Boleh jugak, asalkan ada effort. Ingat, Allah tak pandang hasil kita, dia pandang usaha kita.


Paling penting, jangan tinggal solat. Ustaz Ahmadi selalu cakap, “tiada apa-apa yang boleh diharapkan daripada orang yang tidak solat”. Serious. Solat tu benda first sekali korang kena consider dalam ibadah. And, kalau boleh everyday solat dhuha. Bila ingat je terus pergi solat dhuha. Waktu dhuha tu antara waktu mustajab untuk berdoa.

Hubungan korang dengan Allah ni sangat penting, sebab doa kita yang akan support usaha kita. Doa adalah pelengkap usaha. Sebab tu kadang-kadang kita tengok ada sorang kawan kita tu, baca sekali je terus boleh hafal. Selalu tak korang nampak macam tu? Sebenarnya dia bukanlah ‘gifted dari lahir’ seperti kebanyakan manusia selalu assume. Bagi aku, sebenarnya Allah bagi hadiah kat dia dapat kelebihan macam tu sebab dia jaga hubungan dengan Allah, mungkin korang tak tahu, sebab itu antara dia dengan Allah. Kesian dia, penat dia jaga hubungan dengan Allah, korang cakap dia gifted dari lahir seolah-olah dia tak buat apa-apa effort tsk tsk. So, kalau korang rajin berdoa insya Allah, Allah akan permudahkan usaha korang dalam bentuk yang korang tak jangka, contohnya korang tetiba boleh stayup fresh sampai 2-3 pagi, baca sikit je dah masuk banyak ke etc.





Tawakkal

Erm, tawakkal je lah. Hahah. Lepas dah buat semua benda, tawakkal je. Kalau dah lepas SPM tu, korang cuma boleh berdoa dan bertawakkal sahaja. Tawakkal itu sebahagian dengan attitude kita dengan Allah. Frasa ‘tawakkal’ tu nampak simple kan? Tapi sebenarnya ia berkaitan dengan hati kita. Tawakkal tu tak boleh dizahirkan. Walaupun mulut kita kata “Aku dah tawakkal”, tapi kalau hati kita sebenarnya tak tawakkal, takkan jadi. Tawakkal tu maksudnya kita serahkan pada Allah sepenuhnya setelah berusaha. Setelah berusaha ya. Maksudnya kita letak kepercayaan bahawa Allah will plan the best for us. Contohnya, tawakkal ni korang hanya boleh tengok, korang betul-betul tawakkal atau tidak lepas korang dah dapat result SPM. Time tu baru keluar definisi tawakkal sebenar-benarnya. Adakah korang redha dengan result yang korang dapat, itu akan menentukan sama ada korang tawakkal ke tak terhadap usaha korang. Bunyi macam senang kan? Tapi sebenarnya agak susah nak pujuk hati untuk betul-betul tawakkal. Nak meredhakan benda yang kita sendiri tak pasti. Takpe, try. Insya Allah boleh.




Aku rasa ni je kot tips aku. Aku harap kalau korang baca sampai habis, insya Allah moga-moga benda ni bermanfaat untuk korang. Aku doakan korang semua dapat apa yang korang nak untuk study korang, insya Allah. Sebenarnya kita semua boleh dapat result cemerlang, keywordnya ialah Doa, Usaha, Tawakkal. And one more, jaga attitude korang, ni paling penting. Tolong jangan aniaya orang lain, jangan sakitkan hati orang lain. And please please, don’t tell yourself “mungkin bakat aku bukan pada akademik” there’s no such thing! Akademik ni bukan satu bidang bakat, it’s a must. Frasa pertama yang diturunkan dalam al-Quran ialah? Iqra’. Bacalah. Before anything, Islam suruh kita membaca, iaitu menuntut ilmu. Before anything. Menuntut ilmu ni bukanlah satu bakat, tapi ni sebenarnya kewajipan sebagai manusia. Kenapa Allah wajibkan manusia menuntut ilmu? Sebab like I said earlier, “but Allah knows you best”. Allah lebih tahu apa yang dia cipta. Dia takkan bebankan kita dengan benda yang kita tak mampu. Sebenarnya kalau kita kata “aku tak mampu laa dapat results cemerlang, otak aku setakat ni je, aku tak pandai macam kau” sebenarnya 1. Kau belum kenal diri kau dan kebolehan kau 2. Kau sedang menghina ciptaan Allah yakni diri kau sendiri. Sebab apa? Allah dah cipta kita sempurna sangat, kita je makhluk Allah yang ada akal, and akal kita ni sangat powerful. Tapi kita kufur nikmat, kita tak pandai guna akal kita sepenuhnya. Kita selalu kata “aku takboleh buat” padahal Allah cipta kita dengan akal yang sempurna, pastu kita cakap “aku takboleh buat”. Tak ke menghina diri sendiri tu? Kesianlah kat diri kita. Sebenarnya, kita boleh buat. Insya Allah dengan izinNya. 

31 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha..betul betul..and one more thing is minat kena ade.

      Delete
    2. Hahaha..betul betul..and one more thing is minat kena ade.

      Delete
  2. alhamdulillah....subhanallah tips yg mungkin simple tapi penuh dengan pengisian dan nasihat berguna...insyallah tips ini akan saya praktiskan untuk menghadapi spm tahun ni..terima kasih hafiiz

    ReplyDelete
  3. What about classmates bising *sangatsangat* then kau tak boleh focus masa cikgu mengajar ? Like 10000000 times classmates yang bising tu kena marah , but still the same dia tak berubah sampai cikgu pun malas nak tegur lagi . Noisiness dia tu disturb sesangat .Even worse , Tak boleh focus .

    ReplyDelete
    Replies
    1. I suggest you to read the Cockroach Theory by Sundar Pichai. Might as well change the way you view things insya allah

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips. Actually, saya minat chemistry but saya susah nk fhm chemistry. I don't know how to understand about chemistry.And lastly, mcm mna nk focus dlm class sejarah ? It's because saya tak minat sejarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu saya cakap, kena minat dulu. Minat tu akan datang secara natural, tapi kita kena buat benda yang kita suka, then kaitkan dengan benda yang kita minat tu. Minat tak datang dari lahir, dia datang dari pengalaman sebenarnya insya Allah

      Delete
  6. Good one!
    Akak dulu used to read the oxford dictionary macam baca novel.
    Enjoyed it very much. A1 for English. A2 for BM. Haha. Terbalik.
    Itu dulu. Sekarang English pun dah ke laut. Tak praktik. :)

    ReplyDelete
  7. I dont have any telegram acc. but still nak tau doa tu 😭😭

    ReplyDelete
  8. Those littlest things I didn't realise sometimes. Guess that I didn't know my ability yet. But I know I have interest in learning all those subjects. It's just that,when I don't get it, I don't proceed it and that leads me to stuck in behind and I just move on when I feel I'd like it to. Thanks for the tips anyway.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Nak tanya ni..

    Aku ambil spm tahun ni and aku dapat discover bila waktu yang aku belajar betul2 masuk. Macam ni, pepagi otak aku memang slow gila. Cikgu ajar memang blur ah. Pastu, balik sekolah.. Petang otak lagilah, dah tak mampu masuk apa-apa. Kalau jawab satu soalan addmath, 30 min otak loading nak siapkan satu soalan.

    Okay ah cmni. Aku perasan aku ni jenis orang yang belajar malam. Tapi untuk belajar malam dengan optimum, aku kena tidur petang tau dan selalu terlajak lepas asar. Lebih kurang 2-3 jam cmtu. And malam tu, aku boleh stay up sampai kul 2-3 pagi dengan otak yg sangat2 fresh.

    Persoalannya, orang selalu kata, tidur petang boleh buat otak makin lembap. Tapi, aku sangat memerlukan tidur petang. Dan aku ni jenis belajar malam. Stay up then x cukup tidur.

    Jadi, apa pendapat kau? Patut ke aku kekalkan jadual yang sekarang, yang aku sangat selesa ni?

    Aku tunggu balasan daripada kau. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, you know yourself better than anyone else, like I previously said. Kalau rasa selesa and if your performance pun is getting on the right track, then tak salah pun nak teruskan

      Delete
  10. seriously tidur 4 jam cukup? I'll try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Hafiz..buley bg aku DOA tu..aku xde tele law.

    ReplyDelete
  12. Hafiz..buley bg aku DOA tu..aku xde tele law.

    ReplyDelete
  13. Thanks 4 the tips!!
    Sya rase awak ade bakat utk jadi pakar motivasi&penulis novel&bkk company motivasi. Hahahaha..kipidup dongibab

    ReplyDelete
  14. Thanks 4 the tips!!
    Sya rase awak ade bakat utk jadi pakar motivasi&penulis novel&bkk company motivasi. Hahahaha..kipidup dongibab

    ReplyDelete
  15. I am not an SPM student. Heck, i'm an old makcik here. Lol. But gotta give u props for the tips and hope many of your friends and peers will benefit from it. I love you overly emphasize on the "you know yourself" and "study your way" so true! Coincidentally i am pursuing masters in law now at 33 years of age (ancient kan) but i can relate. Its the strategy of studying thats important! Good job and congrats! Your future is super bright! In sha Allah. Amin.

    ReplyDelete
  16. It's mean to me!Seriously terima kasih sangat2 Hafiz.May Allah bless you. 😊

    ReplyDelete
  17. Xda telegram..hopefully u can share the doa. Tq

    ReplyDelete
  18. "Contohnya kalau aku, aku suka study dalam keadaan ada lagu. Tak kisahlah lagu apa, tapi aku akan pasang slow je volume dia pastu aku belajar. And aku lebih prefer bilik ber-aircond daripada bilik yang warm je"

    Same.
    Dgr lagu tpi slow je volume.

    Best tips ni! Congrats on ur results!

    ReplyDelete
  19. Macam mana nak score subjek bahasa?
    Saya selalu tak tahu nak study apa bila exam bahasa. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum hai. Sorry for interrupting tapi sy rase x slh kalau sy share tips sy. Personally, I'm very into languages like Hafiiz. Sy student SPM 2013 n I've got A+ for BI, BM n B. Arab. So basically the way kite study bahasa tu based on what language it is. As for me, BI, make sure u read a lot of English novels, watch movies n in order to improve your writing, try to gather as much vocabs as possible relating on the topic that you're going to write. Be creative and try to insert the maximum number of bombastic vocabs and writing style that u got in mind. BM, do exactly the same thing. Frankly speaking I do love poems, cerpens and novels. And each time sy jumpa perkataan BM yg rare, sy akan note n master the usage of them. Again, try to impress the pemeriksa kertas with your ability of writing. Isi various peribahasa in every paragraphs. The most important thing is to construct a perfect introduction so that you'll give such a great first impression to the examiner. As for B. Arab, banyakkan baca pasal balaghah and the grammatical things. Memorise as much synonyms and antonyms as possible as they really help. Make sure u understand the construction of each sentence so that u won't underestimate the meaning of them. Try to memorise at least 5 new words a day. If you have no interest in Arabic, try reading the Quran/listening to arabic songs/zikir and try to translate the lyrics and lines. You'll be very excited once u notice that you actually can understand some of them. I did this n it improved my interest in learning arabic. So basically these are my tips. Hope they'll help and all the best in learning languages ^^

      Delete
    2. Assalamualaikum hai. Sorry for interrupting tapi sy rase x slh kalau sy share tips sy. Personally, I'm very into languages like Hafiiz. Sy student SPM 2013 n I've got A+ for BI, BM n B. Arab. So basically the way kite study bahasa tu based on what language it is. As for me, BI, make sure u read a lot of English novels, watch movies n in order to improve your writing, try to gather as much vocabs as possible relating on the topic that you're going to write. Be creative and try to insert the maximum number of bombastic vocabs and writing style that u got in mind. BM, do exactly the same thing. Frankly speaking I do love poems, cerpens and novels. And each time sy jumpa perkataan BM yg rare, sy akan note n master the usage of them. Again, try to impress the pemeriksa kertas with your ability of writing. Isi various peribahasa in every paragraphs. The most important thing is to construct a perfect introduction so that you'll give such a great first impression to the examiner. As for B. Arab, banyakkan baca pasal balaghah and the grammatical things. Memorise as much synonyms and antonyms as possible as they really help. Make sure u understand the construction of each sentence so that u won't underestimate the meaning of them. Try to memorise at least 5 new words a day. If you have no interest in Arabic, try reading the Quran/listening to arabic songs/zikir and try to translate the lyrics and lines. You'll be very excited once u notice that you actually can understand some of them. I did this n it improved my interest in learning arabic. So basically these are my tips. Hope they'll help and all the best in learning languages ^^

      Delete
  20. Terima kasih. Semoga berjaya dpt scholarship nanti. Aminn

    ReplyDelete
  21. subhannallah , alhamdulillah , allahuakbar

    ReplyDelete