Wednesday, 9 March 2016

Setahun Berjagung untuk SPM

Assalamualaikum everyone.


I’ve been receiving a lot of comments and DMs on instagram regarding SPM Tips on how to score excellent results. I am not sure if I could help with that, I’ll try the best I can give, insya Allah. Semoga bermanfaat. 


Before we start, let’s flashback through my SPM Chronology starting from when I was in primary school. Dulu masa sekolah rendah aku biasa-biasa je, kelas ketiga, dapat top 10 dalam kelas pastu waktu darjah 4, aku masuk kelas pertama (kot). 4 Keranji. Semua classmates aku pandai-pandai belaka, aku antara student yang low-achiever dalam kelas tu. Dan aku yang paling malas. Aku ni jenis manusia yang tak reti siapkan homework on time. Sampai form 4 pun macam tu jugak, tapi start form 5 aku dah okay sikit sikit walaupun aku masih tak suka homework, hehe. Dulu kalau aku siapkan homework on time, ramai yang akan terkejut. Memang rare habis. Haha, teruk betul perangai. 


Aku ingat lagi, waktu Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) darjah 4, aku dapat nombor 37. Hmmm kena ejek dengan adik-beradik aku sebab dapat nombor 37. Baim ngan Alisya dapat top 5 masing-masing tahun tu, so diorang dapat hadiah basikal (???). Time tu aku agak down tapi lantak situlah. Aku masuk kelas kedua time darjah 5. Performance aku pun so-so je, darjah 6 aku masuk kelas kedua lagi. Alhamdulillah UPSR aku dapat 5A, tapi time tu aku sambut sorang-sorang sebab family aku tak excited langsung haha. Keknis dapat 5A, Abang Khairi 5A, Baim 5A, so bila aku pun dapat 5A mestilah cam lol okay tahniah jom balik. 


Lepas tu aku apply SBPI Gombak, tapi mungkin takde rezeki so aku sekolah kat SMK Seksyen 9 for 3 months, then aku pindah SMK Victoria, ingatkan nak sama sekolah dengan Baim. Baru dua minggu dalam sekolah tu, tiba-tiba aku dapat tawaran masuk ke SBPI Sabak Bernam (Intesaber). Mula-mula aku memang reject idea ni, tapi Mama nak sangat aku masuk Intesaber sampai sanggup bazirkan yuran SMK Victoria, padahal dah bayar RM500 lebih kot.


Okay nak dijadikan cerita, aku masuk sebagai pelajar 3rd intake. Banyak benda aku kena catchup. First exam aku ialah PAT Form 1. Aku dapat nombor 77/81. Bottom 10, tapi time tu aku macam relax je walaupun tak pandai. Sebab abang-abang aku semua kata, PMR senang je. So aku pun relax je hehe. Masuk form 2 results aku naik secara tenang. Tenang je dia naik, takde lonjakan saujana atau apa-apa. Masuk form 3, baru aku terhegeh-hegeh nak catchup academics. Dah honeymoon dua tahun, so aku pun focus belajar. Results aku macam tu jugak, nombor 40-50. Tetiba time trial PMR, aku dapat nombor 6. Entah macam mana haha, time tu aku dapat 8A1B. B aku dekat Mathematics, sebenarnya C tapi Sir Khairuddin tolong carikan markah. Seronok aku dapat elite PMR. Student yang dapat anugerah elite trial PMR 6 orang je, so aku ni last elite. Yang lagi 5 orang tu pun semua 8A1B, tapi B diorang semua kat English. Lima-lima tu B English. Aku sorang je B Mathematics. Time menengah rendah, Mathematics aku tak pernah A kecuali PMR. PMR aku dapat 9A alhamdulillah.


Waktu form 4, aku ambik Sains Agama atas nasihat mak aku ngan Abang Khairi. Sebenarnya aku taknak sebab aku tak confident dengan Bahasa Arab (okay nanti aku cerita pasal Bahasa Arab aku). Macam biasa, aku ni jenis tak sedar diri kalau bukan tahun exam, so time form 4 aku main-main dalam kelas, banyak keluar sekolah join co-curriculum activities, miss class banyak gila, bajet pandai gila nak active koko. Aku memang macam tu, lupa diri, pastu nanti akhir form 4 baru nak gelabah. Time PAT form 4, aku cerita kat Dzahin betapa cuaknya aku untuk SPM nanti. Dia reply simple je, “Alah aku dah kenal dah kau, mula-mula acah results teruk bagai, nanti nak dekat exam besar mesti meletup-letup”. Hmm aku taktahu macam mana Dzahin boleh perasan benda tu, tapi nak dijadikan cerita, macam tu lah. Memang betul apa yang dia cakap tu. PAT Form 4 aku results teruk, dapat nombor 90. Aku dapat button merah (GPK > 4.0). Pastu time form 5, aku masuk kelas kedua (sains agama ada dua kelas je lol). 5 Hidayah. First time dalam Intesaber kitorang dipisahkan mengikut results PAT. 







 Pehh, masuk 5H memang mencabar. Mula-mula kitorang dipandang rendah oleh beberapa orang cikgu, nampak sangat perbezaannya, tapi kitorang macam stay strong je huhu. Second, masing-masing dalam kelas tu agak pasif, tak se-active 5 Taufik. Ye lah, orang semua look up to 5T kan, so diorang memang gempak, active dalam kelas dll. Kitorang ni dipandang sebagai kelas kedua (kelas terakhir), so kitorang agak pasif and takde motivation nak menonjol. Kecuali aku. Aku ni jenis yang pantang dicabar, aku paling tak suka kena hina, or rasa rendah. So aku belajar elok-elok, then Ujian Selaras 1 aku dapat button hijau (GPK < 2.0). Aku dapat anugerah Lonjakan Saujana untuk Chemistry & PQS, I went from button merah to button hijau, melepasi button kuning. Time tu semua haters berkumpul di sekeliling aku dan berkata, “Alahh Hafiiz ni acah-acah bodoh je time form 4, mesti sebab dia nak dapat Lonjakan Saujana tuh”. Celaka betul. Anugerah Lonjakan Saujana tu baru je wujud tahun 2015, so takde sebab aku nak terhegeh-hegeh buat-buat bodoh time form 4 semata-mata nak anugerah yang belum wujud tu. Aku memang camtu, jenis tak sedar diri pastu suka buat benda last minute. Nak dekat SPM baru nak terngadah. 




Time PPT result aku okay jugaklah, and time tu excel 5 buat rombakan kelas buat kali terakhir sebelum SPM (read: my Bahasa Arab is actually F time PPT. it's never too late okay). Kitorang akan campur semua aliran (Sains Agama, Tulen, Teknikal) pastu bahagi kepada 4 kelas baru ikut results PPT. Aku dapat kelas pertama (5 Champion), sebab time PPT aku dapat nombor 20. Dalam kelas tu aku agak low profile sebab aku sorang je yang datang dari ‘kelas kedua’, yang lain semua dari kelas pertama aliran masing-masing. Ye, aku sorang je dari kelas kedua. Memang takde geng time tu, tapi aku kawan dengan budak budak kelas Rahmah (kelas pertama Sains Tulen). Kalau nak kawan dengan budak Taufik, memang diorang genius gaban. Semua jenis skema nerd belajar je dalam kelas. Setiap kali prep malam, kelas Champion akan senyap sunyi. Aku tak suka senyap sunyi time prep so aku selalu buat bising. Pastu nanti budak-budak 5 Champion akan pandang slack kat aku hehe. So aku pun senyap je sebab aku tahu diorang ni budak-budak pandai, aku tak boleh cakap banyak. Tapi still, walaupun aku senyap time prep, aku still akan main-main jugak, tak belajar hmm bila fikir balik menyesal pulak tak belajar time prep haha. 


Bila balik dorm pun aku main-main. Dengan adik-adik dorm aku pulak. Kitorang kalau main sampai pukul 3-4 pagi, baru tidur. Sampai dah SPM pun sama. Kalau esoknya takde paper, aku akan stayup main game dengan adik-adik dorm. Tak sedar diri betul. Main indoor game, prank orang, buat bising. Aku rasa benda tu buat aku hilang stress. Aku jadi tak stress time SPM sebab ada adik-adik dorm aku, boleh main sama-sama, sembang sama-sama. Mood aku pun elok je sepanjang SPM. Tapi kitorang tak pernah kena sound dengan warden hehe. Ramai tak puas hati sebab bila dorm kitorang buat bising, warden tak pernah sound. Bila dorm orang lain bising, warden sound. Entah, kebetulan kot (?). Setiap kali macam tu. Atau mungkin warden sayang dorm kitorang :p 


Time trial SPM, results aku jatuh sikit. Aku dapat nombor 30. Kalau dalam kelas Champion, aku nombor last. Memang time tu pressure gila, dahlah nombor last dalam kelas, suka main-main pulak tu time prep malam. Pantang tengok aku nak buat bising, semua orang dah pandang slack. Okay sorry, aku pun diam je. Pastu berangan, “macam mana aku nak pecut untuk SPM ni”.

Ada satu masa time aku nak dekat SPM, dalam sebulan lagi kot. Time tu baru aku dapat tahu cara nak pecut untuk SPM. So aku pun ikut cara tu, sampailah SPM. Aku baru tahu concept quality over quantity dalam pembelajaran. Then aku pun dengan yakinnya tulis kat ask.fm pasal benda tu, padahal aku sendiri belum pernah try.






Time paper Biology, aku ambik masa dua hari untuk habiskan dua buku teks. Aku tak suka membaca, tapi kalau aku baca buku, aku boleh baca laju and tangkap apa yang aku baca tu. Aku sendiri tak sangka Biology aku boleh dapat A time SPM. Dua hari kot, time trial Bio aku C! 


Aku rasa kalau korang nak mintak tips daripada aku sebagai pelajar cemerlang, hehe memang aku jujur cakap aku bukan pelajar cemerlang. Buat kerja last minute, malas siapkan homework, main-main time prep malam. Bila nak dekat exam baru aku belajar. Tahu-tahu UPSR PMR straight As. Tak sangka pulak SPM pun boleh straight As. Tapi kalau korang NAK JUGAK tips daripada aku, fine. Tunggu entry seterusnya, aku bagitahu semua benda yang aku buat, jujur takde tipu-tipu.







20 comments:

  1. I think you're one of those ppl who meant to be to create unsangkarable outcome when u need it the most . All the best dik , u now hev the power n confidence to choose what u like to do with your future !

    ReplyDelete
  2. Ni namanya gifted bro. Org yg cepat tangkap n faham apa yg dia baca. Anyway, congrats bro!

    ReplyDelete
  3. Ni namanya gifted bro. Org yg cepat tangkap n faham apa yg dia baca. Anyway, congrats bro!

    ReplyDelete
  4. nak tips nak tips nak tipssssssss!!!!!!!!!!! pleaseeee

    ReplyDelete
  5. wah...tahniah hafiiz..rasa deep pulak sbb maybe saya pon sama...bte nak tips mana lah tahu ..tips tu boleh saya guna untuk menghadapi peperiksaan spm tahun ni...tahniah sekali lagi semoga berjaya di masa akan datang dan terus maju jaya..insyallah amin

    ReplyDelete
  6. Saya pun jenis study last minute jgk. Sometimes masuk and sometimes dak. Kalau bleh jwb time exam tu mmg rasa fuhh!berhasil gila study last minute tu. Tapi taktau la mcm mna nk study awal sbb dh slalu study last minute.And then takut nk study last minute dh bila naik upper form ni.

    ReplyDelete
  7. Quite menusuk kalbu.. I just can't get the right mood to study.. I must say,all the time! Plus,I'm downgrading myself as I get Fail for my Bio and Add maths..but I seem to find a way about add maths but not BIO!(Urghh) Anyway,congrats! As a muslim,I'm proud to have you as one of the Straight A's scorer! Congrats once again

    ReplyDelete
  8. Finally.. Someone has proved that I'm right. Belajar last minute pun boleh dpt result yg superb. Although my result x berapa nak cemerlang as yours.. Keep write more tips. I'll share it to my juniors..

    ReplyDelete
  9. Lonjakan saujana since 2013 pis

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Mane tahu tips dari senior ni berguna ke kan untuk saya better sya slow2 ikut boleh jugk jadikan sebagai idol yg cemerlang��

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. boleh tak share 7 amalan harian sbb saya takde telegram acc anyway syukran jazilan :))

    ReplyDelete
  14. Huaaaa . Bio ! Tp mcm impossible for me to read and dapat tgkp mcm tu je . Impossible baca 2 bk teks for 2 days . Oh myyy . Pray for my spm please .

    ReplyDelete
    Replies
    1. "The only thing that's stopping you from success is yourself" Kalau awak mindset impossible, then it will never be possible. Walaupun rasa macam tak logik, sebenarnya Allah can give you more than what you expect, he can give you 'superpowers' that you wouldn't expect. Mintak kat Allah, insya Allah dapat :)

      Delete
  15. Huaaaa . Bio ! Tp mcm impossible for me to read and dapat tgkp mcm tu je . Impossible baca 2 bk teks for 2 days . Oh myyy . Pray for my spm please .

    ReplyDelete
  16. huaaaa.. best gile.. and I think abg sme mcm sy kot.. (kot la) sbab sy pon mlas nk buat homework.. and suka study last minit (srs tak tipu) time nk exam.. hasilnya juga tak seperti yg disangka.. and setakat ni dr skolah rndh smpi la form 3 thun lpas x prnh lg fail.. suka sejarah (best gila.. feel je time blajar), kimia and bio.. tp mlgnya msuk class 4snspn.. arghhh spn mula2 dulu best skrg bile tkar cikgu hmbr gila.. skrg ni tunggu je la result utk ppk 1 yg sblum cuti ni.. hahahaha teruk perangai

    ReplyDelete
  17. style awak mcm style saya jgk. tapi saya tak boleh ikut semua cara awak catch up academics sbb kita punya kefahaman sesuatu subjek tu lain2. and awak plk lelaki, so student laki ni selalunya dia lebih cpt catch up drpd student perempuan even depa main2 pun.

    ReplyDelete
  18. asal bende ni funny HAHAHAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete