Saturday, 5 March 2016

Nikmat Mana Yang Mahu Ku Dustakan




Assalamualaikum everyone.



I am still a bit exhausted from the previous SPM results trip. Banyak benda boleh berlaku dalam masa sehari. Malam sebelum hari results SPM, aku duduk kat asrama Intesaber dengan adik-adik dorm aku. Serious best, satu malam tak cukup T_T Diorang ajak main game, tapi kitorang main sekejap je pastu semua orang bosan sebab game tak menjadi. Part yang best dengan adik-adik dorm aku ialah apabila semua orang nak berebut cerita kehidupan masing-masing kat aku. Mengadu pasal benda yang berlaku kat sekolah, throwback zaman aku masih ada dalam dorm tahun lepas, banyak lagilah. Kitorang lagi banyak sembang daripada main, tapi tu yang best sebenarnya.




Safwan, Solehin, Anfaal, Luqman, Arif dan lain-lain.



Pagi tu, adik-adik aku dah pergi sekolah lepas Subuh, tinggal aku seorang je dalam dorm. Pengumuman keputusan SPM pukul 11 baru start, so aku ada masa lagi untuk termenung dalam dorm sebelum bersiap pukul 8. Tapi aku tak boleh termenung, asyik teringat result aku macam mana nanti. Serious tak boleh duduk diam, asyik jalan dari hujung dorm ke hujung dorm. Jujur cakap, aku memang tak expect straight As, aku target results aku at least lebih daripada Abang Khairi je (6As). Tapi of course lah semua orang dalam hati still mengharap dapat straight As kan, aku selalu berangan aku dapat best student haha, over tak.



Lepas siap aku terus solat dhuha kat surau sekolah, itulah antara senjata terakhir aku sebelum result dikeluarkan. Time tu aku dah start nervous, tapi aku cuba cover. Pukul 9 aku pergi bilik ketua bidang dengan harapan nak jumpa Cikgu Azirah, ingat nak sembang dengan cikgu bagi hilang nervous, tapi bila masuk cikgu takde. Ada Hani Sensei, Sir Musa, Cikgu Hamsuddin, Ustazah Maziah, Ustaz Kamal. Diorang ajak aku duduk sembang, pehhh bayangkan aku sorang je student kat situ, duduk dengan 5 orang cikgu! Mula-mula agak awkward tapi lama-lama aku act normal je walaupun dalam hati masih risaukan results aku. 



Cikgu-cikgu pun memasing ada hal lepas tu, so aku mintak diri and keluar menuju koperasi. Saje nak jalan-jalan bagi hilang stress kejap, aku terserempak Luqman ngan Arif. Terus mood jadi happy lol, diorang ajak aku pergi koperasi, jalan-jalan usha kelas SBC, tegur semua orang dalam sekolah tu (ye memang takde kerja). Sambil jalan-jalan tu aku terserempak Safwan ngan Solehin jugak, so diorang pun ikut sekali pergi dewan. Kawan-kawan yang lain baru sampai sekolah, aku pun join beberapa orang dan terus masuk dewan. Nervousnya Subhanallah tuhan sahaja yang tahu.



Aku antara orang yang paling last dapat tempat duduk, sebab time tu Mama ngan Daddy belum sampai lagi. Aku duduk dengan Aiman Haikal & Shahmil, sambil diperhatikan oleh beberapa ibu bapa mungkin sebab kitorang agak gelabah time tu lol. Time majlis start, aku terus snapchat kasi hilang nervousnya sikit. Sir Musa akan announce nama calon straight As and naik pentas untuk terima slip. So yang tak dapat straight As akan terima slip later on kat kaunter kelas masing-masing. 



Nama yang di-announce hanyalah nama straight As dan akan ikut turutan dari best straight As kepada straight As yang biasa-biasa je, so aku rasa semua orang dah expect nama Dzahin mesti akan di-announce dulu. Sure enough, nama dia announce first. Time tu aku tak rasa apa-apa sangat, sebab aku masih sibuk berdoa supaya keajaiban berlaku di mana pada saat-saat akhir nama straight As diumumkan, aku tengah berangan supaya nama aku last sekali sekurang-kurangnya. Dalam hati aku, "tak kisahlah kalau dapat straight As biasa-biasa pun, asalkan dapat". Tinggi betul harapan aku time tu. 



Tapi dalam menunggu satu demi satu nama di-announce, berdebar jugak. Sebab Sir Musa tak bagitahu pun berapa orang dapat straight As, so taktahu berapa nama yang akan di-announce. Nervous gila time tu. Nama kedua selepas Dzahin, Azizul Hakem. Okay lepas ni aku expect Azizi pulak. Dzahin, Azizul dan Azizi ni memang tiga sekawan yang genius nak mati, so aku expect nama ketiga ialah Azizi. Tapi tak, nama ketiga ialah Aiman Haikal. Betul-betul dia duduk sebelah aku. Aku punya excited tepuk tangan untuk dia, dalam hati rasa macam Ya Allah bertuahnya dia. Nama keempat, Nurmiza Aminuddin. Hmm budak genius jugak, aku pun terus bukak Snapchat dalam phone sebab aku fikir, kalau ye pun nama aku akan di-announce sebagai straight As student, mungkin lama lagi. Mungkin dah last-last baru announce. Time tu aku fikir, "berangannya nak nama di-announce". So aku terus main Snapchat.



Aku baru sempat post satu video kat Snapchat, tiba-tiba, aku dengar Sir Musa announce nama aku. Nama aku weh. 



"Kelima, Hafiizhullah Ariif bin Zainal Rashid"



Aku tergamam. Masih tak boleh percaya. Satu dewan dah tepuk kuat gila tapi aku still kat tempat duduk aku untuk beberapa saat. Serious time tu aku tak boleh percaya yang nama aku terpapar kat skrin depan. Aku ambil masa lebih kurang 6 saat untuk aku bangun daripada tempat duduk aku. Kau faham tak perasan aku time tu? Tengah berangan-berangan benda yang kita nak sangat selama 5 tahun, suddenly it's happening on the spot, time kau tengah berangan tu. Aku hampir muntah, tapi aku takdelah dramatik sampai tahap tu kan. Aku naik stage dengan mulut ternganga sedikit, diorang kata muka aku hodoh gila time naik pentas. Kau ingat ada masa ke aku nak cover macho time tu. Nope. Aku ambik slip daripada Bonda dalam keadaan menggigil (okay yang ni over), sampai lupa yang kena tangkap gambar dulu LOL. Aku tak senyum pun, cuma tunjuk gigi je tapi tak senyum, sebab lepas tangkap gambar kena berdiri atas stage dulu, tunggu nama orang lain di-announce pulak, pastu tangkap gambar semua calon straight As sama-sama. Time atas stage aku nangis. Aku sorang je nangis, yang lain relax je hmmm. Mungkin diorang dah expect dapat straight As, tapi aku, memang tak. Aku memang tak expect wallahi. 



Biar je lah aku nangis, bukan selalu nangis gembira. Sepanjang 17 tahun aku hidup, ni first time aku nangis gembira. Nikmatnya Allah sahaja yang tahu. Lepas dah announce semua nama calon straight As, ada 11 orang je dapat straight As tahun ni. Time tu aku terfikir pasal kawan-kawan aku yang jauh lebih genius daripada aku, aku terfikir macam-macam. Last last aku pujuk diri, ini semua ketentuan Allah, bersyukurlah. Tapi aku sibuk fikirkan kawan-kawan yang lain, akhirnya aku pujuk diri untuk menerima bahawa aturan Allah lebih baik dari yang kita sangkakan.



Aku semacam mayat hidup lepas turun stage. Terus aku nangis meraung macam orang gila sambil dipujuk oleh Azizul, Dzahin dan Aiman Haikal. Macam bodoh je time tu tapi benda berlaku sekali je kan seumur hidup, so aku teruskan nangis hehe. Mak ayah aku masih belum sampai, so aku terkapai-kapai cari siapa yang boleh aku luahkan perasaan gembira tahap maksima aku. Sampai depan pintu DIK, aku nampak Anfaal. Terus aku lari peluk dia, sambung nangis macam orang dah takde maruah haha. Anfaal macam biasalah, dengan muka terlebih terujanya peluk aku sambil berbisik, "ya Allah hebatnya Bapes". Aku rasa aku antara orang paling gembira time tu. Walaupun aku bukan best student, tapi bayangkanlah, benda yang kita ingatkan mustahil untuk kita, betul-betul berlaku. Maka nikmat mana yang aku mahu dustakan.















Masih berdendam dengan photographer sebab ambik gambar blur.




Mak ayah aku baru sampai time aku dah habis rasa happy, hek eleh. Tapi aku still menangis jugak time aku peluk mak aku, gembing betul. Lepas habis majlis, aku keluar depan dewan untuk celebrate dengan adik dorm aku pulak. Perasaan nervous tadi bertukar tenang nampak adik-adik aku semua excited. Aku agak tenang sikit lepas tu, walaupun aku berpeluh-peluh habis basah baju. Time balik tu, aku memang emosi tak stabil. Memanglah sepatutnya happy, tapi aku tak tahu kenapa body system aku macam tak betul. Rasa letih, takde selera makan, cepat emosi. Sampai dua hari kot. Harini baru rasa elok semula. Aku rasa system aku pun berada dalam state of shock selama 2 hari. I couldn't be anymore thankful that day. Sampai bila-bila aku takkan lupa.





Alhamdulillah :')






39 comments:

  1. Assalamualaikum hafiiz... tahniah ats result kau yg gempak... ini adalah rezeki kau... psti ade hikmah disebalik yg berlaku... Allah mahu kau mnjadi hmba yg sentiasa brsyukur... Manusia merancang... Allah jgk merancang tp perancangan Allah jauh lbh baik drpd apa yg manusia sangkakan.. truskn mngupdate!! Kipidap

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum, First of all just nak ucap Taniah atas pencapaian abang hafiz. Actually next year Im one of the students yang akan ambik spm so nak mintak abang tolong ceritakan or bagi some tips cara abng study for ur spm last year. ye la nak get ready awal2 hehehe. Boleh?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..tahniah hafiz!! Aku baca sambil perasaan berdebar gila alahai haha tapi apa2 pun tahniah!So next year aku pulak rasa perasaan tu sbb spm kan thn ni hahaha nervous gila.By the way Hafiz!mind to share any tips for get at least A's on spm?Thank you! 😄

    ReplyDelete
  5. Tahniah bro..
    Kalau dah rezeki tak ke mana
    All the best untuk alam universiti pulak

    ReplyDelete
  6. Tahniah bro..
    Kalau dah rezeki tak ke mana
    All the best untuk alam universiti pulak

    ReplyDelete
  7. Samaaa menggigil time ambil result atas pentas sebab nama saya paling last yang dipanggil. And i think i was the only one who cried on the stage hahaha malu siot. Apa apa pun tahniah 👍

    ReplyDelete
  8. Read all your comments, thanks everyone! ❤️

    ReplyDelete
  9. Congratulations!! I only got that feeling time PMR je 😂 SPM kinda sucks for me sbb bnyk main lol . When I read your blog and daym why I didn't study hard like u 😭

    ReplyDelete
  10. Congratulations!! I only got that feeling time PMR je 😂 SPM kinda sucks for me sbb bnyk main lol . When I read your blog and daym why I didn't study hard like u 😭

    ReplyDelete
  11. U make me feel like i am the one who get that result, it makes me cry in happinest.. Tahniah!

    ReplyDelete
  12. U make me feel like i am the one who get that result, it makes me cry in happinest.. Tahniah!

    ReplyDelete
  13. Tahniah!!👏👏👏👏 Baca pun happy apatah lagi you Hafiiz🌸.

    ReplyDelete
  14. Tahniah!!👏👏👏👏 Baca pun happy apatah lagi you Hafiiz🌸.

    ReplyDelete
  15. Congrats. Pandainyaa. Wishing you all the best for your future😆😄

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Mabruk! Totally inspired when read this entry. Tiba2 t'fikir mcm mna x boleh dpt all A's in spm walhal we're in the same batch.. Wishing u all the best in ur future endeavors.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum . hai hafiiz ! Congratulation ya ! Untung nyaa awak . goodluck on future 😊

    ReplyDelete
  20. assalamulaikum. tahniahhh �� but macam mana awak score untuk bahasa arab? hebat gilaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Bahasa Arab senang je sebenarnya (I just found out this) asalkan minat insya Allah

      Delete
  21. Salam adik Hafiiz. Tahniah! Akak baca entry ini sampai habis tak perasan air mata berlinang. Semoga sukses selalu ye. Amin.

    ReplyDelete
  22. hafiiz, tahniah dr kak eira, abg muhd, rania & rasyad from makkah.. apply umm al qura nnt tau.. kak eira doakn hafiiz.. suka baca cerita hafiiz sgt2 honest mashaallah.. keep on writing! 😊😊

    ReplyDelete
  23. Assalam. Tahniah adik hafiiz! Kakak wish u all the best for your NEXT STEP!!! semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  24. Assalam. Tahniah adik hafiiz! Kakak wish u all the best for your NEXT STEP!!! semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah. Congrats! Baru terasa nak baca hri ni sbb tkda benda nk buat (padahal hw menanti.lol).. tklah..sebenarnya teringat post kak hanis psl entry ni and since I'm stressing out right now,I think this kind of topic is like boosting me up la.. I know dh lambat,tp again,CONGRATS! I hope I can have more spirit to keep on learning and be like you perhaps. Kbye

    ReplyDelete
  26. Really hope that I can be like you. Inspired me alot . SPM 2K17 :'(

    ReplyDelete
  27. telasmosquiteira-sp.com.br

    telas mosquiteira
    telas mosquiteiro

    As telas mosquiteira sp , telas mosquiteiro sp garantem ar puro por toda casa livrando-a completamente dos mosquitos e insetos indesejáveis. As telas mosquiteira garantem um sono tranquilo a toda família, livrando e protegendo-nas dos mais diversos insetos. Muitos destes insetos são transmissores de doenças e a tela mosquiteira é indispensável no combate a mosquitos transmissores de doenças.

    A dengue, por exemplo, já matou centenas de pessoas só na capital de São Paulo e um pequeno investimento em nossas telas mosquiteiras podem salvar vidas. As telas mosquiteiras também impedem a entrada de insetos peçonhentos como as aranhas e os escorpiões, estes insetos também oferecem risco, pois seu veneno em poucos minutos podem levar uma criança a morte.
    telas mosquiteira jundiai
    telas mosquiteiro jundiai
    telas mosquiteira aplhaville
    telas mosquiteiro alphaville
    telas mosquiteira granja viana
    telas mosquiteiro granja vinana
    telas mosquiteira cotia
    telas mosquiteiro cotia
    telas mosquiteira tambore
    telas mosquiteiro tambore

    A chegada da temporada Primavera/Verão traz consigo a elevação da temperatura e a maior ocorrência de chuvas. Mas não é só isso. As estações mais quentes do ano causam muita dor de cabeça e muitos zumbidos indesejáveis em função das pragas urbanas – pernilongos, baratas, cupins e outros insetos -, que afetam todas as regiões brasileiras.

    Nossa missão é oferecer telas mosquiteiras de qualidade a um preço acessível, fazendo com que as telas mosquiteiras sejam uma opção viável para muitas pessoas.

    telas mosquiteiras Jundiaí
    telas mosquiteiro Jundiai
    telas mosquiteiras jundiai
    telas mosquiteiro industria
    telas mosquiteira restaurante
    telas mosquiteiro restaurante
    telas mosquiteira empresa
    telas mosquiteiro empresa

    ReplyDelete