Tuesday, 22 March 2016

iPhone Aku Hilang

Assalamualaikum everyone.



Saje nak share satu cerita yang aku alami minggu lepas. Hari Isnin.



Isnin tu adik-adik dorm aku ajak outing kat KL. Excited jugaklah sebab dah lama tak jumpa diorang sejak aku keluar sekolah kan. Kitorang macam budak-budak biasa lah, lepak NU Sentral, tengok wayang, main Breakout, makan ice cream kat Sangkaya. Tapi time balik tu aku baru perasan something - iPhone 5S aku hilang.


Aku kalau outing mesti bawak backpack. Tak kisahlah apa orang nak cakap, backpack sangat convenient. Dalam tu aku letak wallet, charger phone, earpods, air mineral, jajan, perfume dan iPhone 5S aku. iPhone 6S aku letak dalam pocket sebab selalu guna, iPhone 5S ni phone emergency je kalau tetiba 6S habis battery. 


Tapi waktu lunch haritu, kitorang main dengan dua-dua phone sebab semua batak nak ber-Apple products kat situ. Solehin keluarkan iPhone 6 nya, Anfaal dengan iPad nya. Lepas dah berbatak, terus aku simpan iPhone 5S aku dan dah tak main lagi dah, sampailah waktu balik. Lepas lunch terus pergi tengok wayang. Sepatutnya Safwan yang kena pegang ticket, tapi waktu tengah makan tu dia letak je atas meja, so aku nak bagi pengajaran kat dia, aku pun simpan ticket wayang tu dalam pocket aku. 


Mulalah drama lakonan aku, buat-buat tak tahu ticket kat mana. Lakonan aku agak menjadi sebab Safwan dengan Anfaal agak cuak ticket hilang hahaha pastu baru aku bagitahu cerita sebenar. Aku rasa sejak tu diorang berdua dah tak percaya aku. Kalau serigala datang nak makan aku pun mungkin diorang akan biar.


Lepas tengok wayang + main Breakout + makan ice cream + H&M, semua dah kena panggil dengan mak ayah suruh balik. Time tu aku rasa tak sedap hati, aku tanya diorang “Korang, nampak 5S aku tak?” Cari kat beg aku, takde. Beg Anfaal, takde. Time tu baru nak cuak, tapi aku sorang je lah cuak, yang lain semua masih ingatkan aku nak prank -___- Safwan ngan Anfaal paling kuat gelakkan aku sebab berdendam dengan kes ticket tadi. Penat aku explain yang ticket wayang dan iPhone 5S lain nilainya, dan iPhone 5S tak boleh buat bergurau, tapi diorang still tak percaya. K.


Semua orang bersetuju nak teman aku patah balik NU Sentral tolong carikan iPhone 5S tu. Seingat aku, aku rasa mungkin tercicir kat tempat wayang sebab lepas kitorang berbatak kat tempat Lunch tu, aku tak sempat masukkan 5S aku dalam beg, aku letak dalam pocket je. So, kitorang patah balik, time tu dah masuk Asar. Lepas solat Asar, kitorang target nak cari kat GSC balik. Time solat Asar tu biasalah, kalau hilang barang mesti doa lebih. Time tu baru sedar diri ni cuma luangkan masa lebih dengan Tuhan bila time susah je. Termuhasabah kejap kat surau NU Sentral tuh. 


Pastu terus rombongan makcik kiasu pergi kat counter GSC tanya kalau ada nampak phone hilang tak. Diorang cakap tak, tapi diorang boleh tolong carikkan. Aku bagi details nombor seat and no. panggung, dan lepas beberapa minit diorang bagitahu aku diorang tak jumpa. Muka aku agak tak puas hati time tu (walaupun memang salah aku), pastu receptionist tu cakap kat aku, “Kadang-kadang orang lain yang ambik, sebab lepas movie awak, ada 3 lagi movie kat panggung yang sama” Aku tanya balik, “in between movie tu takkan cleaner tak kemas panggung tu?” “Kemas, tapi mungkin dia tak perasan phone awak sebab mungkin terselit kat seat ke, atau maybe sebenarya awak tak tercicir kat sini kottt”. Aku masih tak puas hati dengan jawapan yang dia bagi. Pastu ada sorang pekerja GSC datang kat aku, “Adik, phone adik memang tak jumpa. Dah cari 2-3 kali kat seat tu. Kalau adik tak puas hati adik boleh masuk, cari sendiri”. Pehhh, keras betul suara dia time tu. Hmmm, nak cari ke tak? Dia macam perli aku, kalau aku cari pastu tak jumpa nanti lagilah kena pandangan sinis “kan aku dah kata tak ada”. Aku tanya adik dorm aku, diorang suruh masuk je check. Okay, aku masuk. Pergi panggung nombor 3, seat C13. Aku lipat seat, nampak phone aku betul-betul bawah seat. Lipat je seat tu terus nampak. Nak sumpah seranah pekerja yang tolong ‘carikan’ phone aku tu pun tak boleh sebab in the first place salah aku. Aku cuma bersyukur sangat sebab dah jumpa iPhone 5S aku, lompat-lompat aku sambil lari ke arah adik-adikku haha. Receptionist tu usha panas je tengok aku celebrate. Hek eleh.




Itulah, aku hampir hilang iPhone 5S aku. Tapi sebab adik-adik aku sangat optimistik dari mula, sampai sanggup teman aku patah balik cari phone tu, akhirnya dapat jugak. Pengajarannya, ada banyak. Pepandailah korang conclude sendiri ye?

6 comments: