Wednesday, 13 January 2016

Bagaimana Hendak Bersyukur?



      Beberapa hari aku hanya terlantar di kamar. Kejang otot di tangan, tangan tak boleh nak straightkan. Sakit, memang sakit. Tapi redha, nak buat macam mana. Padahal tanganlah yang membantu aku mencari rezeki dan buat kerja. Tapi sekarang Allah dah tarik salah satu nikmat yang paling berguna untuk manusia. Bila aku fikir balik, aku jarang bersyukur kerana nikmat sihat yang aku dapat. Sebab kadang-kadang kita lupa benda yang kita dapat selama ni. Rasulullah sendiri dah pernah bersabda, "Dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang". 




      Ya, kita selalu lupa yang selama ni  Allah bagi kita nikmat kesihatan. Bila kita sakit, baru nak terngadah. Baru sedar betapa pemurahnya Dia. Baru sedar betapa tak bersyukurnya kita selama ni. Baru sedar betapa kita selalu lupakan Dia padahal kita tak pernah dilupakanNya. Kejam kan manusia? Bila dah sihat nanti, buat lagi. Ingkar lagi. Lalai lagi. Itulah manusia, terkenal dengan sifat lupanya. 




      Ini semua ujian Allah. Sakit itu ujian, sifat lupa juga satu ujian, nikmat kesihatan juga satu ujian. Nak tengok sejauh mana manusia taat pada Allah, sejauh mana kita semua sedar bahawa kita adalah hamba yang lemah. Tapi jangan give up, jangan sekali kali berhenti. Kerana sekali kau berputus asa dengan rahmat Allah, amatlah rugi. Allah nak bagi, kita yang tolak. "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatku maka akan ku tambahkan" [14:7]. Taknak ke Allah tambahkan nikmat kita? Syaratnya dua sahaja: syukur dan sabar.




      Macam mana nak bersyukur? Sekadar ucapkan Alhamdulillah dikira sudah bersyukur ke? Bagi saya, tidak cukup. Well done is better than well said, kan? Islam sendiri melarang kita cakap tak serupa bikin. "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" [61:2]. Kalau betul bibir mengucapkan syukur, tunjukkan dengan perbuatan. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat kudrat dan kekuatan, bekerjalah kerana Allah dengan kudrat yang diberi. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat berupa harta dan wang, sedekahkanlah sebahagian daripadanya. Di saat kita mengucapkan Alhamdulillah kerana mendapat nikmat pakaian, tutuplah aurat dengan sebaiknya. Di saat kita mendapat nikmat menggunakan kaki dengan sempurna, berjalanlah ke masjid untuk beribadah. Begitulah cara bersyukur, bukan hanya dengan kata-kata, tetapi sertakan dengan perbuatan harian kita, insya Allah semoga kita semua mendapat hidayah dan keredhaanNya :)

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Yaa..sebenarnya sakit pun salah Satu nikmat yang Allah Berikan pada kita..asbab sakit Allah ampun kn dosa kita..sakit.. Kita jangan yakin sangat yang seorang doctor boleh menyembuhkan penyakit kita..tu salah Satu syirik kecil..tetapi yakin la Allah yang beri kita sembuh..doctor hanya asbab sahaja..kita makan ubat pn Kalau kita sihat Allah yang sembuhkan.. SesungguhnyaAllah ada kuasa mahkluk langsung tiada kuasa.. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana menginspirasi

    ReplyDelete